You zoom zoom my heart

As much as it was happy, it hurts, I barely fix up my scar and difficultly open my heart
Saturday, May 5, 2012 | 11:09 AM | 0 comments

Bismillahirrahmanirrahim,

Ini kisah sedihku. Aku mengharapkan sesuatu yang tak pasti.

Kelakar kan? Sejak bila Natasha Eliyana layan lagu Melayu jiwang? Entah. Kan orang selalu kata. People changes. Mungkin aku pun macam itu. Aku tak boleh lari dari kenyataan. Aku seorang perempuan. Aku ada perasaan. Aku suka dia. Aku dikecewakan tanpa diketahui. Dan aku telah tewas tanpa masuk ke medan peperangan.

Jika aku ingin tipu orang lain dan diri aku, akan aku tersenyum dan kata ' Ini semua pengaruh Asfa!1! ' . Tapi, diri aku tak bodoh. Diri aku kenal aku. Aku tipu. Ini memang perasaan aku.Aku ada banyak crush sejak aku kecil lagi. Waktu aku sekolah rendah, aku dan kawan baik aku panggil crush aku blueberry. Cute kan? So, sampai sekarang bila aku dengar blueberry aku nak tergelak. Rumah blueberry dekat dengan LRT Dato' Keramat. Aku selalu lalu situ dan akan tenung lama rumah dia. Lawak kan?

Aku tak pernah tegur lelaki yang aku suka. Aku takut. Aku tak tahu nak cakap apa. Aku panik. Aku lari. Aku tak ada self-confidence. Aku selalu kena ejek waktu kecik. Zaman sekolah rendah aku penuh dengan budak-budak lelaki yang suka hina aku. Aku takut dengan lelaki. Aku takut ada perasaan pada diorang sebab ianya takkan berbalas. Aku tahu. Aku tahu. Kan orang pernah cakap, seorang perempuan tak akan pernah lupa kata-kata kejam yang diluahkan kepadanya. Aku tak pernah lupa hinaan yang orang campak dekat aku. Walau satu pun.

Bila aku masuk sekolah menengah perempuan, ia jadi lebih teruk. Aku paranoid. Aku tak suka dikelilingi lelaki tak dikenali. Aku benci bila lelaki senyum dekat aku. Aku rasa diorang tengah kutuk aku dalam diam. Semua aku anggap sebagai pandangan sinis.

Ini bukan kali pertama. Tapi, kenapa yang ini rasa sangat sakit? Sebab aku dah besar? Sebab aku menaruh sekelumit harapan? Sebab aku rasa aku boleh? Bodoh. Bodoh. Aku memang bodoh. Aku taruh perasaan tanpa memikirkan kerugiannya.

Aku sedang menangis. Dan tidak tahu bila ianya akan berhenti. Aku menangis kerana tiada siapa tahu. Aku menangis kerana aku perempuan biasa. Aku menangis kerana dia milik orang. Aku menangis kerana aku benci ketidaksempurnaan iatu aku. Aku terlalu tidak sempurna dan tiada siapa ingin membaikinya mahupun menyempurnakannya. Aku menangis. Setitik, dua titik.

Aku janji. Ini post terakhir aku tentang kisah cinta aku yang tak pernah ada permulaan. Cinta tak datang pada waktu yang tak sesuai. Aku tahu. Ada seseorang untuk aku. Dan orang itu akan membuat aku menulis post kedua di blog ini tentang cinta. Sampai tiba waktu itu, aku gali lubang dan kuburkan perasaan ini. Bye, budak comel. Aku harap kau akan berubah jadi lebih baik.

Tamat. Aku nak mandi. Dalam kesedihan?


Mama, belikan kak long Ribena.

Mood : t i r e d -
Feeling like walking on thin ice, Feeling like flying to the sky.
Wednesday, April 25, 2012 | 11:27 PM | 0 comments

Bismillahirrahmanirrahim,

Ya Allah. Bersawangnya. -.- Dah kategori dianaktirikan blog nih. Kesian dia. Haha. Nak buat macam mana. Calon SPM 2012 kan? Persoalannya di sini, belajarkah calon nih? Ahahahaha.

Banyak. Dah banyak benda jadi. Benda kecil, benda besar, benda yang terlepas pandang. Semua ada. Tujuh belas tahun. Cita-cita, harapan, keinginan. Semuanya ada. Semuanya membuak-buak. Aku tak faham. Aku tak faham. Aku tak faham. Aku tak nak faham.

Hari tuh, budak-budak Form Five kena "brainwash" dengan pengetua. Lepas tuh, cikgu panggil nama budak-budak yang supposedly telah ditarget, ditembak, di-aim, dipilih, terpilih untuk mendapat straight As 2012. Aku salah seorang daripadanya. Tapi, lepas tuh cikgu sebut nombor aku dalam aliran. Haha. Hancur. Hopeless. Tiada harapan. Itu aku?

Budak-budak tujuh belas tahun memang ada gaya sendiri bila menulis. Maka, janganlah bersa tersinggung jika anda tidak memahami entri ini. Sesungguhnya apa yang berada di minda, tak mungkin akan aku ceritakan semua. Tak faham. Tak faham, kan?

Atau mungkin ini kesan ubat batuk? Dah berapa minggu aku batuk dan selsema. Tak baik-baik. -.- Menyakitkan hati. Hidung selalu penuh dengan cecair hijau yang melekit. Jijik kan? Ubat batuk yang aku ambil minggu lepas seolah-olah tiada kesan. Lantas, mama membeli ubat batuk yang sangat "power" kata doktor itu.

Tepat sekali. Ubat tuh memang, pergh. Lima minit lepas ambil, kau akan rasa mata berat sangat seolah-olah kau sedang belajar Fizik di makmal. Hari Isnin yang lalu, aku telah ambil ubat itu selepas makan malam. Dan pergi ke tuition. Teka apa yang jadi? Aku dah nak terlentok terbaring lalok high khayal jeh satu jam dua puluh minit kelas tuh. -.- Terus aku tobat nak makan ubat tuh sebelum pegi tuition.

Esok sekolah. Hoh meh gosh.

Mood : s t r e s s e d -
Even if I endlessly fall, even if I fall to the ground, Toward you, I'm falling for you
Sunday, March 25, 2012 | 8:17 PM | 0 comments

Bismillahirrahmanirrahim,

Hi guise ^^v Natasha Eliyana is back in full force. Whoosh. Not that I was particularly missing or something. I was actually trying to start on my BM Komsas project. Note the word 'trying' please. It seems like there are so much time, yet, so little time. It is confusing. I am confused.

I have been in a rocky ship for a while. I am uncertain. Unsure. I can't find any sense of clarity in my future. Absolutely no lucidity. I am not good in all this. I do not know what I'm good at. Okay, I know I am good in sleeping my heart out and stuffing myself with food. I am not sure what to make out of it. Every night, I found myself thinking all of this little problems, but, then, I ran off. I blocked my thoughts. I shifted it into happier thoughts. Less complicated stuffs. That's the problem with me. I always ran. Not that I am a good runner in any way. I fall and it hurts. I whine but nobody hears.

In a way, I am sure. He has everything planned for me. He knows the best. I shall try my best to ask for His Guidance. :3

Enough of melodramatic shit. -.- Oh, I had found my hidden passion in reading again. Currently reading a book titled Beautiful Creature courtesy of Asfa who lent it to me. :3 The book is freaking beautiful. ;~; It was interesting as the book was written from the point of view of a guy which is cool since a girl point of view is filled with mellow, drama shit that I can't even comprehend myself.

I have found myself hooked up on strange things. Ribena, as usual. Nescafe, the caffeine and most newly found love interest, Vico. And I started noticing funny things with Tiqah. Like when I saw Tiqah buying a glass of lychee drinks, I will laugh and started babbling on how Henry would kill to drink it. Or how me and Tiqah imagined Puan Suzy having a Canadian accent conversation with Henry Lau. And how we both agreed Kikwang will be too hopeless doing integration. And how we believed only Shim Changmin could differentiate axial and appendicular skeleton perfectly. These little things make me laugh. Sometimes, until the extent I can't hear what Puan Ooi was talking. Or at other times hitting the table so hard and gasping for air. School life. It's funny.

That is all. I shall take a bath, eat cekodok and tuck in my bed reading Beautiful Creature. Adieu ~

Mood : s h o ck e d -
The bride in my dreams is just a friend now, Upset over the breakup, we are silent
Friday, March 16, 2012 | 1:59 PM | 0 comments

Bismillahirrahmanirrahim,

BOOM SHAKALAKA BOOM SHAKALAKA I WANNA DANCE- DANCE- DANCE ~
.
..
...
Okay, awkward. Dalam proses menyiapkan folio Biologi. Dalam proses, as in, baru nak bukak Microsoft Word. Like a boss. 8D Entah boleh siap keh tak, belasah jeh lah yer tak?

Gambar di atas ialah JB. Im Jaebum. JYPE trainee. '94-liner aka budak lepasan SPM. Handsome like a boss. Sangat sangat serupa dengan suami saya, Henry Lau. Sobs. Setiap kali habis episode Dream High, aku selalu terasa nak cekik-cekik Henry Lau. Lagi-lagi bila dia kiss pipi Rian. Wow, fantastic baby! Aku rasa nak terbang pergi Kanada dan terjah Berkley Music Academy dan kidnap Henry Lau. Konklusi, ini semua salah JB. Henry Lau aku tak bersalah. Sobs. Baby, I'm sorry ~

Oh yeah, tadi aku nangis. Pasal Yoochun. Waktu tau berita tuh tak nangis. Harinih baru nak nangis. Pahal entah aku. -.- Sasaeng seriously. -.- Malas Mak Jemah nak memikirnya. Sad week for Cassies kot. Sobs. Kesedihan seorang Cassiopeia. Kbye.

Actually, aku dah lupa aku nak tulis apa. Kbye.

Mood : s i l l y-

Photobucket
Peace be upon you. Swagga Natasha Eliyana. Stressful seventeen. Budak Korea Celup. Vain yet childish. Weird yet logical. Too fast too live, too young to die. I welcome you to my world.

Facebook Tumblr Twitter Formspring
Photobucket
Photobucket